Kami dah lapor ‘kerajaan gagal’ kepada Agong, terserah pada Tuanku – Lim Guan Eng

Oleh MHDAILY

Yang di-Pertuan Agong sudah dimaklumkan tentang dakwaan kerajaan “gagal” mengatasi masalah Covid-19, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, selepas selesai menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara petang tadi.

Lim berkata, rakyat berharap pada Sultan Abdullah kerana wakil mereka tidak dapat bersidang di Parlimen ekoran perintah darurat.

“Saya beri pandangan, bukan sahaja daripada pihak parti, tapi pihak rakyat kepada Agong,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada kegagalan yang didakwa itu diadukan kepada Sultan Abdullah dalam pertemuan hari ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Tuanku faham dan kami serah kepada kebijaksanaan Agong.”

Dalam pertemuan selama 80 minit, bekas menteri kewangan itu menyampaikan pandangan tentang ekonomi, Covid-19 dan bantuan untuk rakyat yang susah, termasuk di kawasan pembangkang.

Lim berharap bantuan ekonomi yang lebih besar dan proses vaksinasi dapat disegerakan.

“Tuanku adalah harapan kerana sekarang Parlimen tidak boleh bersidang,” katanya.

Sementara itu Presiden Amanah Mohamad Sabu melaporkan kepada Agong tentang aduan rakyat di pusat khidmat wakil rakyat mereka.

“Rakyat pergi ke pusat khidmat ambil makanan kerana mereka tidak ada pendapatan lagi. Macam pemandu e-panggilan tidak ada penumpang, macam mana nak makan?” katanya.

Beliau juga menyampaikan hasrat agar Parlimen boleh bersidang seperti di UK.

“Bila pendemik teruk, lagi kerap sidang Parlimen (perlu diadakan) sebab rakyat nak tahu apakah program kerajaan,” katanya.

Terdahulu Guan Eng tiba di Istana Negara pada 1.55 tengah hari, sementara Mat Sabu memasuki istana pada 3 petang dan keluar sejam kemudian.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/09/kita-dah-lapor-kerajaan-gagal-sekarang-serah-pada-agong-kata-guan-eng/