Kambing cantik jadi hadiah perkahwinan jadi perhatian orang ramai

Kambing cantik jadi hadiah perkahwinan jadi perhatian orang ramai

Kambing cantik jadi hadiah perkahwinan jadi perhatian orang ramai. Kambing Hadiah Perkahwinan Tular Siap Bersolek

Perkahwinan sememangnya akan menjadi hari yang paling bahagia untuk pasangan pengantin lagi-lagi apabila terdapat pelbagai peristiwa yang akan terus ‘melekat’ di dalam memori.

Satu Majlis perkahwinan di Indonesia tular apabila pengantin mendapat hadiah berupa kambing daripada rakan-rakan sebagai hadiah perkahwinannya.

Memetik lap0ran Suara.com, video yang memaparkan peristiwa tersebut telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan beberapa orang lelaki yang dipercayai rakan kepada pengantin ‘menyerbu’ majlis itu dan membuat kec0h dengan membawa kambing tersebut.

Kambing cantik jadi hadiah perkahwinan jadi perhatian orang ramai

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kambing itu kelihatan disolek dan dirias dengan ‘pakaian’ serta reben biru.

Bukan itu sahaja, ia juga dilihat dikalung dengan gubahan bunga kuning di leher, menjadikan penampilannya lebih luar biasa.

Kehadiran kambing itu membuatkan majlis perkahwinan itu riuh dengan hilaian tawa tetamu.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 2.4 juta kali dan mendapat pelbagai komen dari netizen.

“Nohh hadiah boleh buat akikah sekali,” tulis seorang netizen.

“Siap disolek lagi kambingnya, mentang-mentang diajak ke kenduri,” kata seorang lagi netizen.

BACA:

3 pemimpin harumkan nama MCKK

Keluar juga ayat ni dari mulut Nurul Zahid selepas ayahnya jadi TPM

Suami buat ‘treasure hunt’ letak duit merata tempat sempena hari lahir isteri

CATEGORIES