‘Kalau ragu ikutlah mufti tempat sendiri’ – Dr Amalina bidas kecaman netizen

‘Kalau ragu ikutlah mufti tempat sendiri’ – Dr Amalina bidas kecaman netizen

‘Kalau ragu ikutlah mufti tempat sendiri’ – Dr Amalina bidas kecaman netizen. Sebelum ini, doktor pakar bedah iaitu Dr. Amalina Che Bakri telah berkongsi mengenai servis sunat anak perempuan adalah haram dan dilarang di United Kingdom.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respon dan mencetus perdebatan orang ramai mengenai hukum sunat bayi perempuan di dalam ajaran agama Islam.

Tampil memberi penjelasan, doktor perubatan berusia 35 tahun itu berkata perkara tersebut merupakan peraturan di negara United Kingdom.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Amalina memaklumkan khitan bagi bayi perempuan atau dikenali sebagai Female Genital Mutilation/Cutting (FGM/C) adalah haram dilakukan di negara itu.

Malah, ibu kepada bayi perempuan bernama Arabell Mia itu meminta rakyat Malaysia yang suka mengecam untuk membaca sendiri apa yang dikatakan oleh Imam dan Muslim British Council di United Kingdom.

'Kalau ragu ikutlah mufti tempat sendiri' - Dr Amalina bidas kecaman netizen

Saya tak tentukan hukum, saya jawab soalan orang yang bertanya.

Menurut Amalina, terdapat pelbagai pendapat berkenaan khitan mengikut fatwa dan negara masing-masing.

Kalau anda tidak puas hati, boleh tanya sendiri kepada Imam di UK.
Dalam pada itu, isteri kepada Alexander Charles itu meminta netizen Malaysia untuk berhenti mengecam orang Islam di negara lain.

Kalau ragu-ragu ikutlah pendapat mufti di tempat anda sendiri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Dr. Amalina (@dramalinabakri)


BACA:

Rumah rasmi PM dah jadi tempat dakwah, kali ini ulama besar Mesir pula hadir

Sambal nasi lemak tahan lama, ini rahsia peniaga rupanya

Petua nak bagi tinggi cepat paling berkesan, tak perlu ubat pun

CATEGORIES