‘Kalau Leona nak nikah tahun depan, tak apa’ – Azhar Sulaiman

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pelakon Azhar Sulaiman telah menetapkan beberapa syarat kepada anak perempuannya, Kasih Iris Leona,

Sebelum dia membuat keputusan untuk berkahwin pada usia muda.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Azhar berkata dia tidak membantah jika Leona ingin mendirikan rumah tangga pada usia muda,

Namun bakal suami anaknya itu perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkannya.

“Happy New Year Mekna (Leona). Kalau awak sangat-sangat nak nikah tahun depan, tak apa.

'Kalau Leona nak nikah tahun depan, tak apa' - Azhar Sulaiman

Tapi pastikan bakal suami awak tak kisah asap rokok, terutama dalam kereta, bukan seorang vegetarian, dan okay dengan muzik bergenre Rave,” tulis Azhar.

Selain itu, Azhar turut menegaskan bahawa bakal suami Leona juga perlu mendapat restu daripada dua adik-beradik Leona yang lain, iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.

“Mesti diterima oleh The High Council, iaitu Kasih & Rees juga. Dengan Mommy mungkin senang lulus test, tapi dengan kami bertiga, lain,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Leona pernah mengungkapkan hasratnya untuk berkahwin pada tahun hadapan dan bercita-cita untuk menjadi isteri sepenuh masa, walaupun usianya baru mencecah 22 tahun.

BACA:

2 thoughts on “‘Kalau Leona nak nikah tahun depan, tak apa’ – Azhar Sulaiman”

Leave a Comment