Kalau kami ikut harga yang ditetapkan kerajaan, kami akan rugi – Peniaga daging

Oleh MHDAILY

Rata-rata peniaga daging lembu tempatan dan sejuk beku import masih menjual mengikut harga lama dan tidak mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang dikuatkuasakan semalam.

Menurut peniaga, Muhammad Lukman Ibrahim, 32, mereka terpaksa berbuat demikian dengan menjual pada harga RM40 sekilogram kerana harga yang dijual oleh pembekal terlalu tinggi iaitu mencecah RM38.

Harga jualan itu lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam SHMMP 2021 iaitu RM34 sekilogram bagi daging lembu tempatan.

Baca Artikel Penuh