“Kalau datang RUU355 ni, cabutan nombor ekor nak buat 100 kali pun boleh”

Oleh MHDAILY

Kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf RUU355. Bagaimana YB melihat perkara ini?

Suka saya sebut dengan jujur, saya merakam jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri. Sebenarnya syariat Islam adalah satu syariat yang terbaik di dunia hari ini.

Ia merangkumi atau memayungi semua agama, bangsa dan masyarakat. Ia adalah satu syariat yang diturunkan oleh ALLAH dan paling sesuai untuk manusia sejagat terutama golongan yang melihat perkembangan dunia dari sudut profesional atau ikut logik akal manusia.

"Kalau datang RUU355 ni, cabutan nombor ekor nak buat 100 kali pun boleh"

Apabila kita bincang masalah RUU 355, pertamanya saya ingin betulkan persepsi dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Masyarakat bukan Islam jangan menganggap bila RUU ini terbentuk nanti, mereka rasa akan terhimpit, tidak ada peluang atau Islam menindas mereka.

Saya ingin betulkan bahawa Islam bukan agama untuk Melayu sahaja atau hak eksklusif mana-mana kaum. Islam ini adalah agama semua.

Namun, RUU355 adalah satu peraturan yang wajib dikuatkuasakan ke atas umat Islam sahaja. Ia tidak membabitkan masyarakat bukan Islam.

Orang bukan Islam ada kebebasan mereka. Mereka boleh buat upacara agama mereka, amalkan adat budaya dalam kalangan mereka. Mereka boleh minum arak dan jual arak, tapi RUU355 akan memastikan penglibatan orang Islam dengan perkara ini tidak berlaku.

Sebagai contoh apa yang heboh dalam televisyen sehari dua ini berkaitan cabutan nombor ekor daripada lapan kepada 22 cabutan dalam masa setahun. Bising. Kalau datang RUU355 ini mudah sahaja, bukan sahaja 22 (cabutan), hendak buat 55 atau 100 kali pun boleh, tidak ada masalah tapi mesti membabitkan golongan bukan Islam sahaja.

Insya-ALLAH dengan izin ALLAH SWT, RUU 355 ini akan dibawa ke Parlimen. Saya harap semua ahli Parlimen Islam atau bukan Islam menyokong. Insya-ALLAH kita akan ada undang-undang (wajib tunai) sembahyang, (sekarang) ini tidak ada lagi. Puasa begitu juga, zakat dan haji pun begitu. Ada orang kaya raya tapi tidak pergi ke Mekah.

RUU 355 akan menguruskan perkara ini supaya umat Islam hidup dalam keadaan beragama bagi melahirkan umat yang mampu berdaya saing dalam semua aspek.

Berita Penuh : https://premium.sinarharian.com.my/article/153458/wawancara-/wawancara-eksklusif/lsquomaksiat-hanya-bagi-orang-islamrsquo

BACA JUGA : Gangguan seksual : Sumpah laknat tak laku di mahkamah, dedah peguam