‘Kalau dah tak dapat gaji jadi fakir miskinlah’, kata Zahid

Oleh MHDAILY

‘Kalau dah tak dapat gaji jadi fakir miskinlah’, kata Zahid. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi me­nganggap pemain dan kakitangan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tergolong dalam kategori fakir miskin kerana tidak mendapat gaji selama empat bulan.

Berdasarkan alasan demikian, beliau memutuskan adalah wajar pemberian dana seba­nyak RM1.3 juta milik Yayasan Akalbudi sebagai wang pendahuluan berbentuk pinjaman.

Presiden UMNO itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, semalam.

Baca Artikel Penuh