Kalau dah jodoh !!! Lelaki Melayu travel solo ‘backpack’ tak sangka dapat kahwin wanita Poland

Kalau dah jodoh !!! Lelaki Melayu travel solo ‘backpack’ tak sangka dapat kahwin wanita Poland

Tak siapa tahu tentang jodoh kita yang sudah diaturkan oleh Maha Pencipta. Kadang siapa sangka pasangan yang selama ini kita nantikan merupakan seseorang yang bukan berasal dari negara dan budaya yang sama.

Hal ini samalah seperti perkongsian daripada seorang jejaka Malaysia yang bertemu jodoh dengan wanita Eropah setelah pergi mengembara beberapa tahun yang lalu ke negara Timur Eropah seorang diri.

Pasangan lain benua tarik perhatian
Hal ini menjadi bualan netizen selepas video-video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun izzu_alesia memaparkan seorang jejaka bersama isterinya yang berasal dari Eropah menarik perhatian netizen.

Mengembara jumpa jodoh
Selepas ramai yang tertanya-tanya perihal perkahwinan mereka, jejeka yang dikenali sebagai Muizzuddin Mahmud menjelaskan hal sebenar kepada Mstar dengan memaklumkan dia dan isteri sudah bernikah pada 21 Januari 2021.

@izzu_alesia❤️ ##10VideosChallenge ##foryou ##fyp ##couplegoals

♬ In This House – Marcus Vinicius Alfaro Nascimento

Menurutnya, mereka berkenalan semasa dia mengembara ke beberapa negara Timur Eropah.

“Saya mula mengenali Alesia sewaktu mengembara solo secara backpack ke beberapa negara di Eropah seperti United Kigdom, Sepanyol, Poland, Perancis dan Jerman.”
Pertama kali saya bertemu dengannya di sebuah kafe di Warsaw, Poland. Masing-masing duduk berseorangan di meja berasingan,” katanya.

Selepas memberanikan diri menegur dan berkenalan, mereka akhirnya memutuskan untuk menjalin hubungan yang lebih serius walaupun ketika itu Izzu sudah pulang ke Tanah Air.

Ambil keputusan kahwin lepas setahun video call
Hampir setahun berhubung melalui panggilan video dan dua kali tiket penerbangan Alesia untuk ke Malaysia terpaksa di batalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berlangsung.

“Percaya atau tidak, hampir setahun kami berhubung menerusi video call. Dua tiket penerangan Alesia untuk ke Malaysia pada April dan Jun 2020 batal sebab PKP.”
“Asalnya nak bawa dia kenal-kenal dengan keluarga dahulu. Akhirnya Alesia dapat masuk ke Malaysia pada Disember 2020 selepas kami membuat keputusan untuk terus berkahwi,” jelasnya.

Wajah adik ipar jadi perhatian
Disebabkan aktif menggunakan media sosial, beberapa video bersama keluarga dimuat naik ke TikTok sebagai perkongsian buat semua teman-teman.

Pada awalnya, pengurus gim ini tidak mahu menjawab soalan-soalan netizen, namun tertarik untuk menjawab pertanyaan berkenaan adik iparnya berusia 27 tahun itu.

“Ya, isteri saya ada seorang adik perempuan berusia 27 tahun. Cuma mereka berdua sahaja dalam adik-beradik, ramai yang memuji kecantikan adik ipar saya,” ujar Izzu lagi.
Netizen kata macam Angelina Jolie

 

@izzu_alesiaJust a little bit about us 😉 ##fyp ##foryou ##foryoupage ##viral♬ Im Yours Remix – •MarshandaMaitimu🦋

Selain itu, ada juga netizen yang memuji wajah isterinya persis pelakon Hollywood, Angelina Jolie namun dia sama sekali tidak mengiyakan hal tersebut.

“Jujurnya saya tertarik dengan matanya yang biru. Bila netizen kata wajah isteri ada mirip pelakon Hollywood, Angelina Jolie baru saya perasan ada persamaan.”
“Saya tak kata wajah isteri iras Angelina Jolie sebagaimana diperkatakan netizen. Tapi bahagian mata dan renungannya bagi saya persis pelakon itu,” tambah Izzu.

Pasangan ini kedua-duanya berusia 31 tahun dan isterinya, Alesia merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berusia enam tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: https://ohmymedia.cc/backpack-secara-solo-ke-eropah-jejaka-melayu-temu-jodoh-wanita-poland/