“Kalau boleh aku nak orang hari-hari mati, dapatlah aku gaji tetap kat situ tapi tulah jarang manusia meninggal”

Terima kasih confessions kerana sudi membaca warkah aku. Aku Amy bukan nama sebenar anak sulung dari 4 beradik yang berumur 30-an

Dan masih tiada masa depan. Rutin harian aku dari pagi aku sudah bangun awal solat subuh di masjid dan terus bergegas balik rumah untuk buat sarapan pagi adik – adik aku. Biasanya nasi goreng, mee goreng b0doh.

Kalau rajin ada bahan aku akan buat lah nasi lemak kuih koci kuih donut.

"Kalau boleh aku nak orang hari-hari mati, dapatlah aku gaji tetap kat situ tapi tulah jarang manusia meninggal"

Tugas aku adalah pastikan dapur bersih rumah bersih dan adik bongsu aku pergi sekolah. Aku ni jenis pendiam di rumah. Tugas aku hantar adik balik dan terus masak nasi dan siapkan lauk tengah hari untuk mak aku.

Tengah hari aku tak balik rumah kerana aku bekerja sebagai buruh binaan. Kadang – k adang angkut ikan di pasar kadang – kadang cuci pinggan kedai makan. Kalau ada kem4tian aku tukang gali kubvr. Upah gali kubvr tu mahal dibayar.

Baca Artikel Penuh