“Kalau ada orang bagi tips tangan kena minyak panas kena letak colgate, penampar je muka dia”, ini sebabnya..Selalu kita dengar kalau tubuh melecur terkena benda panas, sapukan dengan ubat gigi. Ini kerana ubat gigi akan bertindak sebagai agen penyejuk yang menyejukkan ‘panas’ di kawasan lecuran.
Tapi tahukah anda, ianya hanya mitos semata? Menyapu ubat gigi, telur, minyak gamat, tepung dan sebagainya memburukkan lagi kawasan yang melecur?
Dengar penjelasan seorang pakar perbuatan ini mengenai rawatan yang betul apabila mengalami lecuran.
Tahap melecur boleh dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.
Petua menyapu dengan bahan-bahan seperti disebutkan di awal tadi sebenarnya lebih memudaratkan berbanding menyembuhkan. Malah ada pengguna petua ini telah menderita gelembung tangan yang sangat teruk gara-gara sudah terkena jangkitan kuman.
Sekiranya anda terkena sesuatu yang panas, alirkan air bersih selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Jangan gunakan air sejuk atau ais, sebaliknya gunakan air yang bersuhu bilik.
Jika ada gelembung yang timbul, jangan pecahkannya. Hanya tutup dengan kain bersih. Sekiranya lecuran berlaku di tahap dua atau tiga eloklah kiranya pergi ke klinik atau hospital dengan kadar segera.
Sebelum mengamalkan apa-apa petua, ada baiknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan terlebih dahulu.
Ini kerana mereka lebih tahu dan berpengatuan mengenai kaedah perubatan yang betul.
Selamat berperang dengan mitos yang membahayakan!
BACA:
Kisah penyewa dari neraka- 4 tahun duduk free, buat macam rumah sampah
Cermin kereta kena pecah, tindakan pantas pemuda ini berjaya tangkap penyamun di SS14