Kakitangan Awam merana nak bayar balik pinjaman peribadi selepas BLR naik mendadak

Kakitangan Awam merana nak bayar balik pinjaman peribadi selepas BLR naik mendadak. Seorang penjawat awam terkejut apabila bayaran balik pinjaman peribadinya melonjak sehingga lebih RM600 sebulan selepas bank melaraskan kadar asas (KA) dan kadar asas pinjaman (KAP), Mei lalu.

Beliau yang enggan dinamakan memberitahu FMT bahawa sebelum ini bayaran balik pinjamannya ialah RM1,450 sebulan, tetapi bermula akhir bulan ini ia perlu membayar RM2,072 sebulan.

“Saya terpaksa tanggung perbelanjaan bayaran balik yang terlebih sangat. Selepas bank isytihar naikkan BLR (kadar pinjaman asas), saya kena bayar lebih RM2,000 setiap bulan. Dengan harga barangan yang hampir semua meningkat, apa yang tinggal untuk saya tanggung keluarga?” keluhnya kepada FMT.

Baca Artikel Penuh