Kakitangan awam dicekup rakam aksi gadis 19 tahun dalam tandas

Kakitangan awam dicekup rakam aksi gadis 19 tahun dalam tandas.Seorang penjawat awam ditahan selepas didakwa merakam gambar seorang gadis sedang membuang air kecil di sebuah tandas, di sini, baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, lelaki berusia 30-an berkenaan ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa berusia 19 tahun.

Beliau berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di tandas sebuah kedai makan dipercayai tempat mangsa bekerja di sini.

“Susulan itu, suspek ditahan dan telefon bimbitnya juga dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

awam

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/09/864549/penjawat-awam-dicekup-rakam-gadis-buang-air-kecil

BACA: “Zaman Zulkifli jadi Menteri Agama apa hasil pun tak nampak”

COMMENTS

Wordpress (0)