“Kahwin bulan 12, ibu muda check-up bayi dah 20 minggu tapi suami kerja di Singapore”, siapa ayah sebenar bayi ini – Doktor

Oleh MHDAILY

“Kahwin bulan 12, ibu muda check-up bayi dah 20 minggu tapi suami kerja di Singapore”, siapa ayah sebenar bayi ini – Doktor. Minggu lepas, wanita muda berusia 22 tahun datang untuk confirm pregnancy.

Kahwin awal bulan 12 haritu, so kiranya masih sangat baru lagi. Masa tu, saya dah pelik sebab period belum lambat lagi.

Tapi katanya ujian air kencing yang dibuat dah positif. Mungkin false positive? Jadi saya minta nak tengok UPT yang dibuat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

"Kahwin bulan 12, ibu muda check-up bayi dah 20 minggu tapi suami kerja di Singapore", siapa ayah sebenar bayi ini - Doktor

Pesakit tunjuk UPT yang sangat terang. Memang jelas dan nyata.

Okay, kita buat ultrasound. Letak je probe, masya Allah. Baby dah 20 minggu. Dah gerak bergolek-golek dah. Saya tanya for confirmation, kahwin bulan 12 bulan lepas ke bulan 12 bila? Pesakit confirm bulan 12 yang lepas.

Sedihnya hati saya. Saya tanya suami ada di mana? Kerja di Singapore.

Jadi soalan saya, “Maksudnya pernah buat hubungan suami isteri sebelum kahwin ya?”

“Ya, pernah beberapa kali. Tapi saya period je cuma darah saya keluar sikit-sikit. Tu saya tak sangka saya mengandung. Tak ada apa-apa simptom atau tanda pun”.

Tapi, kalo kita tengok perut pun, perutnya nampak besar. Sebab orangnya kecik sahaja, beratnya mungkin 45kg kot. Tak mengapalah kalo tak perasan.

Tapi kebetulan masa tu saya agak lapang. Saya bersembang panjang dengan pesakit. Saya nasihatkan untuk perbanyakkan taubat. Benda zina ni benda dosa besar. Akibat dari zina ni besar. Besar sangat. Sekarang dia mengandungkan anak perempuan. Sampai bila pun anak perempuannya akan hidup tidak ber-binti-kan ’ayahnya’.

Saya soal tentang mak ayahnya. Katanya mak ayahnya gembira bila tahu UPT positif. Cuma sekarang tak tahu macamana nak cakap bahawa usia kandungan dah besar dan bakal bersalin bulan 6 nanti. Sekarang isu mak ayah pula bagaimana penerimaan mereka. Bagaimana pula perasaan mereka. Berat perit yang mereka kena tanggung. Malu lagi dengan orang sekeliling.

Zina ni kesan akibat memang banyak. Soal keturunan, nasab dan soal maruah. Allahu. Semua saya sebut. Saya kata, sekarang dah tak boleh buat apa. Benda dah berlaku. Kena hadap. Cuma kesian, sebab suami jauh di Singapore. Isteri kena hadap sorang di sini. Saya harap dia kuat. Saya harap dia tidak berhenti bertaubat, mengharap ampunan Tuhan.

Perit ya. Kita risau sangat anak-anak kita zaman sekarang. Wanita yang datang jumpa saya ni; kita memang takkan sangka dia mengandung luar nikah. Sopan orangnya, baik, nampak “bejuruh” ore Kelate kato.

Cabaran besar mak ayah nak jaga anak zaman sekarang. Kena kukuhkan didikan agama dari rumah, kemudian berdoa dan bertawakkallah pada Allah semoga Allah menjaga zuriat kita dunia akhirat. Allahumma amiin 🤲🏻.

Tapi saya pun marah juga dengan si lelakinya. Sampai hati rosakkan anak dara orang. Kan boleh tunggu lepas kawen. Yang halal dan yang Allah suka. Beza sangat hubungan kelamin sebelum kawen dan selepas kawen in term of nilainya disisi Tuhan. Ajarlah anak lelaki kita juga untuk menghormati wanita dan meletakkan wanita di tempat yang mulia. Janganlah buat anak dara orang macam tu. Takutlah pada Allah. Jangan jadi jantan tak berguna. Begitulah.

Begitulah kehidupan.
Medan ujian untuk semua.
Lelaki dan perempuan kena saling menjaga.
Permudahkan pernikahan.
Supaya zina tidak menjadi kebiasaan.

BACA:

Ini 10 jenis duit syiling Malaysia yang boleh dijual mencecah RM 700,000!

“Datang sini cuci mata ke?” – selamba je Baby Shima sound tuan haji ni