Kabinet setuju tubuh JK Khas siasat kes kematian Adib, tempoh siasatan selama 6 bulan

Oleh MHDAILY

Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tiga kes berkenaan ialah kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, ketiga-tiga jawatankuasa yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri ini akan diberi tempoh selama enam bulan bagi memperoleh dapatan dan cadangan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet untuk tindakan susulan.

Baca Artikel Penuh