Jururawat wanita terkejut cuba dicabul pesakit Covid-19 berusia 55 tahun ketika lakukan pemeriksaan

Jururawat wanita terkejut cuba dicabul pesakit Covid-19 berusia 55 tahun ketika lakukan pemeriksaan

Baru-baru ini, seorang pesakit lelaki Covid19 di sebuah hospital di Kepala Batas didakwa mencabul seorang jururawat wanita. Sempat lagi nak puaskan nafsu ye walaupun sedang dirawat?

Menurut laporan Harian Metro, jururawat tersebut sedang melakukan prosedur pemeriksaan paras gula dalam darah pesakit yang berusia 55 tahun itu. Selepas itu, memegang jari jururawat tersebut dan diusap sambil mengeluarkan perkataan tidak senonoh.

Jururawat itu menarik tangannya dengan kuat supaya pesakit itu dapat melepaskannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis menerusi panggilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengatakan yang suspek akan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret hari ini.

Berita penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/pesakit-55-tahun-cabul-jururawat-wanita-yang-sedang-lakukan-pemeriksaan/