Jualan cecah RM8 juta, ini kisah pengupas bawang jadi tokey popcorn

Jualan

Jualan cecah RM8 juta, ini kisah pengupas bawang jadi tokey popcorn.Rezeki tak pernah salah alamat. Itulah definisi yang paling sesuai untuk menceritakan kisah Encik Mohamad Shazarul Ismail, founder Eng’s Popcorn ni!

Siapa sangka yang kita boleh dapat hasil jualan berjuta dari produk yang kita selalu nampak. Masa nak mulakan mesti teragak-agakkan tapi bila dah mula ha, betul-betul tak sangka akan hasilnya!

Bekerja sebagai pengupas bawang dengan gaji sebanyak RM900, Shazarul mula berasa tidak puas apabila banyak perkara yang beliau tidak dapat miliki dengan gaji tersebut termasuk sukar untuk membantu keluarga beliau.

Bekerja sebagai pengupas bawang dengan gaji sebanyak RM900, Shazarul mula berasa tidak puas apabila banyak perkara yang beliau tidak dapat miliki dengan gaji tersebut termasuk sukar untuk membantu keluarga beliau.

Bermula dari keluarga sendiri yang makan, disebabkan bau yang memikat, jiran-jiran pun terpikat dan mula membuat pesanan. Daripada situ beliau tekad untuk berusaha dengan lebih lagi untuk mengembangkan perniagaan popcorn beliau!

Jualan

Pada tahun 2018, kakak Shazarul mengajak beliau untuk menyertai program Richworks Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK).

Dari niat hendak menemani tapi dapat kesan besar apabila IMKK berjaya buang semua perasaan negatif dalam diri dan antara point penting yang beliau dapat adalah menjaga hubungan dengan Pencipta dan mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Walaupun nama produk ni ialah Eng’s Popcorn tapi sebenarnya ia merupakan 100% milik bumiputera! Nama Eng’s Popcorn ni berasal dari moyangnya yang berasal dari keturunan cina yang tak mahir dengan sebutan nama arwah bapanya Ismail dan hanya sebut Engs. Tu je guys! Jangan risau lah nak makan ok!

Berita Penuh : https://ohbulan.com/dari-pengupas-bawang-ke-tokey-popcorn-kini-hasil-jualan-pemuda-dari-batu-pahat-ni-cecah-rm8-juta

BACA: Yes, Ismail calon PM, kata Tajuddin

CATEGORIES