Jual masakan panas dari tingkap, ‘Abang tingkap’ berjuang cari nafkah walau terlantar sakit

Oleh FAHMI ABBAS

Bagi Mohd Ramli Mat Zin, 46, sakit yang ditanggungnya tidak pernah dijadikan alasan untuk meminta simpati atau mengharap belas kasihan orang lain.

Sebaliknya, beliau memilih untuk menggunakan segala kudrat yang ada demi menyara kehidupan bersama isterinya.

Pada pertengahan tahun lalu, beliau disahkan menghidap masalah saraf yang menyebabkan pergerakannya terhad.

Sebagai bekas tukang masak di sebuah kedai makan di Langkawi, masalah kesihatan ini memaksa beliau berhenti bekerja kerana tidak mampu berdiri lama.

“Saya buntu memikirkan bagaimana untuk mencari pendapatan. Saya pernah mencari kerja, tetapi dengan keadaan kesihatan begini, tiada siapa yang mahu mengambil saya bekerja,” cerita Mohd Ramli.

Jual masakan panas dari tingkap, 'Abang tingkap' berjuang cari nafkah walau terlantar sakit

Isterinya juga tidak terlepas daripada mencari rezeki, namun setelah hampir tiga bulan beliau terlantar, nasib masih belum menyebelahi mereka. Dalam keadaan yang serba kekurangan, mereka nekad menggunakan wang sisa RM300 yang ada untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Memasak adalah kemahiran saya, jadi kami cuba berniaga makanan. Pada mulanya, agak sukar. Saya pernah memasak dan mengagihkan makanan kepada pekerja sekitar kawasan, tetapi dalam keadaan saya yang terhencut-hencut, kaki dibalut, tiada siapa yang mahu membeli,” katanya, mengenang cabaran yang dilalui bersama isterinya selepas hampir tujuh tahun merantau di Langkawi.

Namun, rezeki tidak pernah salah alamat. Pada hari terakhir usaha mereka selepas lebih sebulan berniaga, seorang pelanggan yang mempunyai ramai pengikut di media sosial menempah makanan dan mempromosikannya. Sejak itu, rezeki mereka mula berubah.

“Memandangkan kami tinggal di rumah kedai, semua urusan jual beli dilakukan melalui tingkap kerana saya sukar untuk turun. Pada malam itu, kira-kira 10 orang datang membeli makanan, dan keuntungan itu kami gunakan untuk modal berniaga keesokan harinya,” ujarnya.

Dari situ, setiap hari semakin ramai yang datang membeli, termasuk pelanggan dari luar Langkawi. Keunikan konsep jualan mereka yang menggunakan tingkap dan harga yang berpatutan, iaitu RM5, turut menarik perhatian orang ramai.

“Ramai yang berpuas hati dengan makanan kami, walaupun kami tidak mengenali mereka. Ada yang memberi sokongan dan doa yang sangat kami hargai,” kata Mohd Ramli, yang kini mula menerima tempahan dari jam 1 tengah hari hingga 9 malam.

Konsep yang unik ini membuatkan ramai orang memanggilnya “Abang Tingkap”, sebuah gelaran yang diterima dengan penuh rasa syukur.

“Alhamdulillah, rezeki yang kami terima cukup untuk menyara kami berdua. Walaupun saya dalam kesakitan, Allah masih memberikan rezeki yang melimpah. Malah, ada yang memberi sumbangan untuk kami terus membantu orang lain,” kata Mohd Ramli, yang kini masih menjalani rawatan di klinik kesihatan.

Setiap hari, beliau mampu menyediakan sekitar 200 bungkus makanan dengan tiga menu yang ditawarkan. Walaupun kesihatannya tidak mengizinkan untuk memasak dalam jumlah yang banyak, usaha dan kesungguhan pasangan ini dalam mencari rezeki tetap dipuji ramai.

BACA: Wardina Safiyyah sekolahkan wartawan Mstar

7 thoughts on “Jual masakan panas dari tingkap, ‘Abang tingkap’ berjuang cari nafkah walau terlantar sakit”

  1. Locating economical Car Insurance in Las Vegas Nevada can be actually demanding,
    but there are lots of sources to aid. Several locals rely on online resources to review Car
    Insurance in Las Vegas Nevada as well as discover the very best rates.

    Some service providers of Car Insurance in Las Vegas Nevada offer one-of-a-kind perks,
    like roadside assistance or even mishap mercy.

    It is actually constantly a great idea to examine what rebates you may get approved for when buying Car Insurance in Las Vegas
    Nevada.

    Reply
  2. Having read this I believed it was really enlightening. I appreciate you taking the
    time and energy to put this article together. I once again find myself personally spending a significant amount of time both reading
    and leaving comments. But so what, it was still worthwhile!

    Reply
  3. Auto insurance coverage in Joliet IL could be a little complicated to get through if you are actually certainly
    not aware of the procedure. It’s constantly beneficial to speak to an expert
    when choosing Auto insurance coverage in Joliet IL.

    Reply
  4. Hi there! I could have sworn I’ve been to this blog before but after checking through some of the
    post I realized it’s new to me. Anyways, I’m definitely glad I
    found it and I’ll be bookmarking and checking back often!

    Reply

Leave a Comment