Pengerusi Malaysia Airports Bhd (MAHB), Zambry Abdul Kadir memohon pihak kerajaan agar mengkaji semula sebarang hasrat untuk mencairkan (jual) pegangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah kepada mana-mana pihak swasta.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi beliau berkata, MAHB telah memberi perhatian khusus kepada hala tuju jangka panjang LTSAAS melalui rangka kerja pelan induk ‘Subang Regeneration Master Plan’.
Saya difahamkan Plan ini telah dikemukakan kepada dua orang Menteri Pengangkutan tak sebarang keputusan.
Lagi pun kata Zambry, MAHB mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam mengendalikan 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia dan sebuah di Istanbul, Turki.
Malah beberapa buah lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB di Malaysia dan Turki kerap mendapat pengiktirafan global dalam aspek perkhidmatan dan pertumbuhan jumlah penumpang, tegasnya lagi.
Sumber-sumber yang rapat dengan cadangan tauke Desmond Lim Siew Choon untuk mengambil alih lapangan terbang itu berkata, besar kemungkinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menyetujuinya.
Tiga orang Menteri iaitu Mohamed Azmin Ali, Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Wee Ka Siong dikatakan telah diberi tugas menilai cadangan Desmond Lim itu.
Mungkin inilah cara Desmond Lim hendak “berbaik-baik” dengan Bersatu setelah mendapat faedah besar daripada berbaik-baik dengan Umno sebelum ini. Duit bukan saja raja tetapi duit juga boleh berkata-kata.
Amat menarik melihat reaksi Menteri-menteri dari Umno dan Pas kepada penjualan/pemindahan satu lagi aset negara kepada seorang tauke Cina selepas Pangkalan TUDM Sungai Besi diswastakan kepada Lim Kang Hoo pada tahun 2017.
Sumber :