JPJ umum had laju jalanraya kini turun 10km/j

JPJ umum had laju jalanraya kini turun 10km/j

JPJ umum had laju jalanraya kini turun 10km/j. Had laju Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer perjam (km/j) berkuat kuasa 18 hingga 27 Januari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Kementerian Kerja Raya melalui satu kenyataan berkata, pengurangan tersebut menjadikan had laju Jalan Persekutuan diturunkan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang tempoh berkenaan.

“Pewartaan pengurangan had laju sementara itu antara langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku di musim perayaan.

“Kementerian Kerja Raya turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah-langkah awal mengadakan program pemantauan jalan raya secara berterusan,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Tambah keyataan itu, Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan akan diadakan bermula dari 18 hingga 28 Januari ini dengan melibatkan pelbagai agensi di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

JPJ umum had laju jalanraya kini turun 10km/j

Ops Bersepadu itu melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ); Jabatan Kerja Raja (JKR); Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); dan PLUS Malaysia.

Kementerian Kerja Raya melalui JKR juga katanya, akan sentiasa memantau lokasi-lokasi ‘blackspots’ yang dikenal pasti bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Sebanyak 76 lokasi kerap berlaku kemalangan dikenal pasti sepanjang tahun ini manakala sebanyak 53 lokasi ‘blackspots’ melibatkan Jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara juga telah dibaiki pada tahun lalu melibatkan kos berjumlah RM17.2 juta.

“Bagi rekod pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan atau berisiko kemalangan akibat jalan gelap yang telah dilaksanakan di Jalan-jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2022,

“Sebanyak 40 lokasi telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan dengan kos berjumlah RM4.7 juta,” jelas kenyataan itu.

BACA;

Pegawai Agama Kota Setar dedah ada lelaki nikah isteri orang di Thailand

Sebaris motor terbakar: ‘saya first time jumpa kes macam ni’ – abang bomba

“Hari-hari saya masuk tong sampah cari buah, sayur yang elok”

CATEGORIES