JPJ sahkan tiada lagi pelekat cukai jalan kualiti ‘haprak’

JPJ sahkan tiada lagi pelekat cukai jalan kualiti ‘haprak’

JPJ sahkan tiada lagi pelekat cukai jalan kualiti ‘haprak’. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merancang memperkenalkan pelekat cukai jalan berkualiti tinggi yang tidak mudah rosak pada tahun ini.

Pada masa sama, jabatan itu juga memberi fokus kepada pendigitalan sistem bagi menyelesaikan isu orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lama di kaunter ketika berurusan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata beliau sudah diberi taklimat oleh JPJ dalam mesyuarat bersama pegawai kanan JPJ sebelum ini.

JPJ sahkan tiada lagi pelekat cukai jalan kualiti 'haprak'

“Antara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu, selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Saya tahu ramai orang mengadu mengenai pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti dan perkara itu memang dalam perhatian kami serta satu perubahan besar akan dilaksanakan dalam tahun ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

“Saya tidak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat JPJ dan menyusahkan mereka,” katanya.

JPJ sahkan tiada lagi pelekat cukai jalan kualiti 'haprak'

Sejak tahun lalu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana didakwa tidak berkualiti kerana cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan. Ia juga menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Isu beratur panjang di pejabat JPJ juga tidak berkesudahan sejak sekian lama meskipun era digitalisasi pejabat kerajaan sudah lama berlangsung dan menyebabkan kewujudan ‘ejen-ejen’ yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan sistem terbabit.

BACA JUGA :

Fizi Ali dah berani dedah pengganti ibu kepada anaknya

Atlet MMA buat perangai gangster dalam pesawat, last-last kena halau

Ketagih tarik rambut kembar sendiri, penyelesaiannya buat ramai puas hati

CATEGORIES