JPJ gesa perbaharui lesen sebelum 30 Jun ini

Oleh MHDAILY

JPJ gesa perbaharui lesen sebelum 30 Jun ini. Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021, perlu memperbaharui lesen mereka sebelum 30 Jun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.

“Ia bagi mengelakkan pemegang LLM tersebut mengambil ujian semula untuk memperbaharui lesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemakluman itu dikhususkan kepada mana-mana pemegang lesen yang diberikan Pelanjutan Tamat Tempoh (Keesahan) LLM iaitu Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL), melalui pengecualian di bawah Kaedah 19 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Menurutnya, Pelanjutan Tamat Tempoh itu diberikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 fasa pertama yang diumumkan oleh kerajaan mulai 1 Jun 2021 dan diberikan pengecualian oleh Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) pada 14 Oktober 2021.

Beliau berkata, pemegang LLM perlu segera melakukan transaksi pembaharuan sebelum tempoh akhir pelanjutan bagi mengelak pemegang lesen yang mencapai tarikh luput perlu menduduki semula ujian memandu sebagaimana permohonan lesen baharu memandu, seperti yang termaktub mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

JPJ gesa perbaharui lesen sebelum 30 Jun ini

Mengikut rekod di pangkalan JPJ, sehingga Rabu lalu jumlah pemegang lesen LDL yang belum memperbaharui lesen mereka adalah sebanyak 904,081, pemegang lesen PDL pula sebanyak 14,216 dan masing-masing bagi pemegang lesen CDL dan PSV/GDL yang belum memperbaharui lesen mereka adalah 197,030 dan 89,809.

Zailani turut mengingatkan pemilik kenderaan untuk memperbaharui LKM mereka sebelum Khamis depan bagi mengelakkan sebarang implikasi tindakan undang-undang mengikut Seksyen 23(1) APJ 1987 kerana LKM tamat tempoh.

Sehingga 30 Jun 2022, katanya jumlah LKM yang belum diperbaharui bagi tempoh tiga tahun adalah sebanyak 4.4 juta.

BACA:

Hadi Awang selar orang label Ismail Sabri PM lemah, anggap jahil politik

Ismail Sabri sah tidak hadir mesyuarat MT Umno semalam

Annuar jangka lebih ramai MT Umno akan dipecat selepas Tajuddin