Johor dilanda udara beracun lagi

Oleh MHDAILY

Johor dilanda udara beracun lagi.Tragedi pencemaran udara akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang menyebabkan ribuan penduduk termasuk pelajar sekolah mengalami sesak nafas dan muntah pada tahun 2019 kembali berulang.

Kali ini pencemaran berlaku di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di sini yang mengakibatkan empat wanita dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas, muntah-muntah dan dua daripada mereka pengsan akibat terhidu bau bahan kimia ketika berada di rumah malam kelmarin.

Kesemua mangsa berusia antara 22 hingga 49 tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut.

Baca Artikel Penuh