‘Joe Ferrari’ berdepan hukuman mati, bunuh suspek dalam siasatan

‘Joe Ferrari’ berdepan hukuman mati, bunuh suspek dalam siasatan. Pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk mendakwa tujuh anggota polis yang dituduh melemaskan seorang suspek dadah menggunakan beg plastik sehingga mati atas semua pertuduhan yang dicadangkan oleh penyiasat, kata Ketua Biro Siasatan Pusat.

Pol Lt Jen Jirabhop Bhuridej berkata, Pejabat Peguan Negara (OAG) telah bersetuju untuk mendakwa Pol Col Thitisan Utthanaphon, bekas ketua stesen daerah Muang di Nakhon Sawan bersama dengan enam rakan sekerjanya.

Pihak pendakwa raya telah bersetuju dengan empat pertuduhan yang dicadangkan polis dalam laporan siasatan yang dikemukakan kepada mereka pada 3 November lalu: penyelewengan, salah guna kuasa, penyeksaan sehingga menyebabkan kematian dan ugutan, tambahnya.

'Joe Ferrari' berdepan hukuman mati, bunuh suspek dalam siasatan
Joe Ferrari bersama dengan enam orang bawahan yang bekerja di balai polis yang diketuainya bakal menghadapi tuduhan membunuh.

Sumber polis berkata bahawa OAG akan mendakwa lelaki itu di Mahkamah Jenayah Pusat Negara bagi kes rasuah dan salah laku minggu hadapan.

Semua pertuduhan tersebut dilaporkan akan dikenakan secara maksimum. Jika didapati bersalah, tertuduh akan berhadapan dengan hukuman mati mandatori.

Pol Col Thitisan, 30, juga lebih dikenali sebagai Joe Ferrari kerana kekayaan luar biasanya dan koleksi kereta kereta mewah, bersama dengan enam orang bawahan yang bekerja di balai polis yang diketuainya bakal menghadapi tuduhan membunuh Chiraphong Thanapat, seorang suspek dadah berusia 24 tahun, ketika cuba untuk memeras ugut wang sebanyak 2 juta baht daripadanya pada 5 Ogos.

Satu video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan kepala Chiraphong ditutup dengan beg plastik hitam dan dicekik semasa soal siasat. Dia telah disahkan meninggal dunia pada hari berikutnya.

Enam lagi tertuduh yang lain adalah Pol Maj Rawirot Ditthong, Pol Capt Songyot Khlainak, Pol Lt Thoranin Matwanna, Pol Snr Sgt Maj Suphakon Nimchuen, Pol Snr Sgt Maj Wisut Bunkhiew, Pol L/C Pawikon Khammarew.

Kesemua tertuduh telah pun diberhentikan daripada pasukan polis namun mereka dapat mengekalkan pangkat mereka sementara menunggu keputusan kes mahkamah.

Pol Col Thitisan telah menafikan semua pertuduhan dan berikrar untuk melawan kes itu di mahkamah.

BACA JUGA : Panas !!! [Video] Aksi 4 polis serkup kepala suspek dengan plastik hingga bawa maut