Jiran misteri suka tangkap dan makan kucing

Jiran misteri suka tangkap dan makan kucing

Seorang lelaki warga Jepun yang bermastautin di Turki ditangkap oleh polis gara-gara tindakannya menganiaya kucing.

Sora News melaporkan, lelaki berumur awal 30-an itu ditahan pada 14 Jun lalu kerana disyaki membunuh dan memakan haiwan berkenaan.

Salah seorang penduduk dikatakan melihat lelaki itu membawa lima kucing ke dalam rumah.

Melihat tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan, penduduk terbabit menghubungi pihak polis.

Polis kemudiannya ke lokasi kejadian bagi menyiasat sebelum menahan lelaki berkenaan.

Lelaki itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Pulau Aoshima Jepun, Pulau Dihuni Ratusan Ekor Kucing Tanda Sayang Manusia  Kepada Si Bulus - LIBUR

Gambar Hiasan

Berdasarkan siasatan polis, lelaki itu mengaku membunuh kucing liar yang ditangkap di kawasan perumahannya.

Bukan setakat itu, dia turut menjadikan haiwan itu sebagai makanan hariannya.

Berikutan kesalahan itu, lelaki itu didenda sebanyak 130,000 yen (RM4,884) selepas mengaku bersalah atas perbuatannya.

Dia kini ditahan buat sementara waktu dan dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal.

Insiden itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Turki yang terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/06/720559/lelaki-jepun-diusir-kerana-makan-kucing