Jika tiada pengampunan diraja, Najib hilang kerusi parlimen dalam masa 14 hari

Oleh MHDAILY

Jika tiada pengampunan diraja, Najib hilang kerusi parlimen dalam masa 14 hari. Datuk Seri Najib Razak akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, bermula hari ini jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau pengampunan diraja diterima dalam tempoh berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 ribu ringgit serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Ketika ini, katanya, Parlimen perlu menunggu notis rasmi daripada Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Baca Artikel Penuh