Jengkaut terkena kabel elektrik di Kuching, dua lelaki maut

Oleh MHDAILY

Jengkaut terkena kabel elektrik di Kuching, dua lelaki maut. Dua lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas jengkaut yang dibawa ‘tersentuh’ kabel elektrik di Jalan Jalan Semalau, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, hari ini.

Kedua-dua mangsa dipercayai pemandu dan kelindan lori yang membawa muatan jentera berat itu ditemukan di dalam kenderaan yang terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran sebuah lori pada jam 9.15 pagi.

Baca Artikel Penuh