Jemaah Menteri yang tentukan bila PRU15, bukan parti politik – Takiyuddin

Oleh MHDAILY

Jemaah Menteri yang tentukan bila PRU15, bukan parti politik – Takiyuddin. Parti politik tidak boleh menentukan bila pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu dilaksanakan, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, sebarang keputusan mengenai pilihan raya akan diputuskan oleh Jemaah Menteri berdasarkan perlembagaan Persekutuan memandangkan negara masih lagi dalam fasa endemik Covid-19.

โ€œMengikut perlembagaan, Jemaah Menteri akan menentukan bila sepatutnya PRU perlu diadakan. Keputusan perlu datang daripada Kabinet, bukan daripada mana-mana parti politik.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

โ€œKerajaan akan tentukan bila masa sesuai untuk membuat pertimbangan memandangkan kita masih lagi dalam fasa endemik,โ€ katanya pada sidang media selepas merasmikan Green Electricity Tariff (GET).

Ahad lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mencadangkan PRU15 diadakan dalam masa terdekat selepas mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Jemaah

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu sebaik sahaja BN memenangi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Ketika ditanya sama ada PAS akan kembali semula kepada penyatuan ummah bersama Umno menjelang PRU15, Takiyuddin berkata, beliau terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama politik yang mampu membawa kepada kestabilan politik.

โ€œDalam politik ini tujuannya untuk capai kestabilan dalam negara. Apa saja amalan yang bawa kestabilan dalam negara adalah satu amalan yang baik bagi saya.

โ€œMacam kita di pusat, kita boleh bekerja dengan semua parti politik dalam satu kerajaan dan pada masa sama dalam pilihan raya di Melaka, kita bertembung satu sama lain. Ini bagi saya satu formula yang baik, satu amalan demokrasi yang baik dan jika perlu satu perdamaian yang baru dalam politik, bagi saya semua harus positif,โ€ katanya.

Pada PRN Melaka, PAS bertanding bawah logo Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu dan Gerakan. Parti Islam itu mempertaruhkan lapan calon namun tidak memenangi sebarang kerusi, mengulangi rekod PRU14 pada 2018.

BACA JUGA :ย KWSP lancar i-Sayang, i-Lindung pula