Jemaah Indonesia dapat kebenaran Arab Saudi untuk tunai umrah

Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi memaklumkan Arab Saudi memberi kebenaran kepada jemaah Indonesia menunaikan ibadah umrah.

Meskipun demikian, Arab Saudi menetapkan syarat tertentu bagi jemaah yang tidak memenuhi standard penilaian kesihatan semasa ketibaan di negara itu.

Jelasnya, kebenaran itu terkandung dalam nota diplomatik di Kedutaan Arab Saudi di Jakarta, semalam.

Jemaah Indonesia dapat kebenaran Arab Saudi untuk tunai umrah

JEMAAH haji menggunakan payung kerana cuaca panas di kota Mekah. – AFP

“Nota itu turut menjelaskan tempoh kuarantin selama lima hari diperlukan bagi jemaah umrah yang tidak memenuhi standard penilaian kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar lapor Kompas.com.

Memorandum itu turut memaklumkan jawatankuasa khas Arab Saudi berusaha mengurangkan halangan yang menghalang jemaah Indonesia menunaikan ibadah.

Indonesia dan Arab Saudi berada dalam fasa terakhir mengenai pertukaran teknikal yang akan digunakan bagi menguruskan maklumat berkaitan vaksinasi Covid-19 jemaah yang mengunjungi tanah suci.

Kedua-dua negara akan menguruskan kemasukan jemaah umrah.

Menurut Retno, berita baik itu akan disusuli dengan maklumat lebih terperinci berhubung pelaksanaan teknikal tersebut.

“Kementerian Luar Negeri akan membuat penyelarasan dengan Kementerian Kesihatan termasuk pihak berkuasa di Arab Saudi berhubung pelaksanaan polisi baharu,” jelasnya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/arab-saudi-bagi-kebenaran-jemaah-indonesia-tunai-umrah/

BACA JUGA : Kabinet setuju tubuh JK Khas siasat kes kematian Adib, tempoh siasatan selama 6 bulan