Jawapan Riena Diana buat netizen terkedu – “Lebih dari seksi yang ni pun saya pernah pakai”

Jawapan Riena Diana buat netizen terkedu – “Lebih dari seksi yang ni pun saya pernah pakai”. Gara-gara tampil berpakaian seksi ketika ambang tahun baharu, pelakon Riena Diana menafikan perubahan tersebut disebabkan hubungan cinta terIerai dengan bekas kekasihnya Nik Afiq.

“Tiada kena mengena dengan kisah cinta, saya yang pilih untuk tidak berkongsi kerana jarang tunjuk kehidupan peribadi dan pemakaian saya kepada pengikut..

“…mungkin disebabkan itu orang terkejut tengok saya pakai macam itu.“Sebelum ini bantai sahaja, baju lebih seksi pun pernah saya pakai cuma saya tak kongsi di media sosial,” katanya.

Jawapan Riena Diana buat netizen terkedu - "Lebih dari seksi yang ni pun saya pernah pakai"

Riena menjelaskan, dia bagaimanapun tidak terasa hati mengenai kecaman dilemparkan netizen sebaliknya bersyukur kerana masih ada individu yang mengambil berat tentang dirinya.

“Saya tak marah orang yang kecam saya… saya terima dengan hati terbuka. Kalau orang tegur, maknanya orang sayang pada diri saya.

“Pada orang yang tak selesa dengan cara saya berpakaian dan apa saya kongsi di media sosial… saya alu-alukan untuk unfollow saya.

“Saya bersyukur masih ada lagi orang bercakap fasal saya dan saya boleh hadap kecaman ini,” ujarnya lagi. Tambah Riena, dia hanya mahu menjadi diri sendiri selain ahli keluarganya juga tidak mempunyai masaIah berhubung penampilan yang digayakan.

“Tahun ini saya nak tunjuk apa sahaja yang saya nak tapi itu bukan bermaksud netizen boleh cakap macam-macam fasal saya,” kongsinya.

Terdahulu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal memakai ‘tank top’ berwarna hitam sekali gus disifatkan mencolok mata serta tidak sesuai untuk wanita beragama Islam.

BACA JUGA :

JPJ sahkan tiada lagi pelekat cukai jalan kualiti ‘haprak’

Fizi Ali dah berani dedah pengganti ibu kepada anaknya

Atlet MMA buat perangai gangster dalam pesawat, last-last kena halau

CATEGORIES