Jangan tiru perangai Muhyiddin, pesan Shahrir kepada Ismail.
Bila saya ditanya apa yang patut DS Ismail Sabri lakukan sebagai PM ke-9 negara ini, jawapan saya mudah je: jangan ulangi kesilapan PM ke-8.
Kesilapan PM ke-8 ialah (mengguna perkataan D Azalina, Timbalan YdP Dewan Rakyat) telah ‘memandulkan’ Parlimen.
Ini pendapat saya. Apabila ditanya, itulah yang saya beritahu pemberita BH yang menalipon saya petang tadi.
Dewan Rakyat ialah punca kuasa seseorang Perdana Menteri. Sebab itulah ditanya setiap satu ahli parlimen siapa yang mereka sokong sebagai PM.
Kedua, seseorang PM adalah Ketua Dewan – Leader of the House – dan demikian kenalah juga memimpin Dewan Rakyat. Caranya, jadikan Dewan Rakyat sebagai landasan untuk ‘engage’ atau melibatkan kesemua ahli parlimen dalam menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi rakyat dan ekonomi negara.
Dewan Rakyat mempunyai berbagai jawatankuasa yang patut dibenar memainkan peranan untuk munafaat kerajaan. PAC, umpamanya, boleh memeriksa akaun-akaun kementerian, jabatan dan entiti yang mendapat dana awam.
Dewan Rakyat juga adanya Ketua Pembangkang. Tak payah nak ikut cara PM ke-8 sehingga hendak dijadikan Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri. Buka kan perbincangan di antara PM ke-8 dengan Ketua Pembangkang.
PM 8 terlalu ‘ego’ sehingga tidak langsung mahu menjadikan Parlimen sebagai landasan perpaduan dikalangan ahli-ahli parlimen, mahupun pembangkang atau kerajaan.
Jadi kesimpulannya:
‘Jangan buat macam TS Mahiaddin PM8.’
Sumber :
BACA JUGA :
Terima keputusan dengan lapang dada, tumpu PRU – Anwar
Panas !!! Spekulasi bertiup kencang Bersatu tuntut jawatan TPM