Jangan koyak kalau Puteri Sarah bertemu jodoh baru, pesanan bapa buat Syamsul terdiam

Oleh MHDAILY

Jangan koyak kalau Puteri Sarah bertemu jodoh baru, pesanan bapa buat Syamsul terdiam.

DATUK Yusof Haslam mengingatkan anaknya, pengarah sensasi, Syamsul Yusof supaya membuang ego

Dan jangan menyimpan dendam selepas melafazkan talak terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, pada 18 April ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Jangan koyak kalau Puteri Sarah bertemu jodoh baru, pesanan bapa buat Syamsul terdiam

Menurut Yusof meski akhirnya rumah tangga Syamsul dan Sarah akan terlerai, beliau tetap menghormati keputusan pasangan itu demi kebaikan semua pihak.

β€œSaya doakan yang terbaik dan berharap jika perpisahan itu berlaku kelak, ia berlaku dengan baik atas alasan yang logik.

β€œIni bukan perpisahan yang biasa tetapi perpisahan yang meninggalkan zuriat. Jadi saya harap baik sang isteri atau sang suami, masing-masing tahu tanggungjawab.

β€œMasing-masing kena buang ego, jangan pentingkan diri, fikir masa depan anak-anak,” ujar Yusof sewaktu ditemui Astro Gempak di majlis pelancaran Polis Evo 3 di Petaling Jaya, Selangor.

Yusof, 69, juga berharap agar tiada dendam yang masih disimpan dalam hati anak dan Sarah yang terus dianggap sebagai menantunya kelak.

Katanya, Syamsul juga perlu menerima dengan terbuka jika Sarah akan bertemu pengganti dirinya selepas mereka berpisah.

β€œKelak jika bekas isteri ada bertemu pasangan lain, Syamsul jangan bengkak hati, jangan berdendam.

β€œSaya sangat berharap agar silaturahim antara mereka terjaga demi anak-anak,” katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baru dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh berkenaan yang akan direkodkan.

Antara terma penyelesaian membabitkan hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

BACA:

Dah macam flat kos rendah! Tapi bukan untuk manusia, ini adalah kandang babi terbesar di dunia

Rider terkejut dapat duit raya RM1000, call pelanggan untuk kepastian sekali ini jawapannya