KKM ni serius buat propaganda bagi orang menyampah.
Macam frontliner ja penat, ni rakyat pun ramai lagi pun penat. Mental dengan fizikal stress, gaji separuh, OT tiada, tiada makan percuma di ofis, tiada makanan di dapur, mengemis kat KWSP macam sial, Industri blah angkat kaki, banjir lagi, cuti dah lama kena cancel, kerja makin bertimbun company kecilkan size, hari-hari buru kerja yang tak pasti, macam2 lagi la yang kena hadap. Covid-19 ni semua orang penat. Bukan KKM saja.
Nak cakap frontliner penat dengan kes melambung tinggi?
1. Sivagangga salah SOP sapa?
2. PRN Sabah salah SOP sapa?
3. Kilang Top Glove salah Sapa?
4. Tapak pembinaan salah Sapa?
5. Gelang pink kuarantin di rumah SOP sapa?
Dah setahun masih goyah, propaganda dekat TV, berita kita mempunyai mutu kualiti kesihatan yang bagus. Pastu cakap salah rakyat, tak disiplin. Apa gomen boleh provide untuk rakyat nak hidup? Pek makan RM 30? Beras 10 kilo tambah telur sepapan? Birokrasi pun macam lahanat. Mask sekeping pun tarak….
SOP dia punya angkara, rakyat kena tak disiplin la, saman itu ini la, f*ck off… Dasat double standard tape.
Nak cakap penat, 24 hours kerja. Ehhh bagi surat kat bos awak la, cakap dah penat, orang takcukup. Haritu bukan main cakap dah bersedia, dalam kawalan, PRN tiada masalah, katil tiada masalah, ventilator tiada masalah, doktor cukup tiada masalah. Semua dalam kawalan.
Penat kerja tapi gaji masih ada, cuba la memahami hal rakyat2 miskin kat bawah, ada orang sebelum Covid-19 ni buat dua kerja belum sama dengan gaji pokok awak sebagai penjawat awam, benefit jangan cerita la…… Sekarang buat 3 kerja pun masih belum ada simpanan, lagi mau tunjuk frontliner saja penat, orang lain gumbira senang hati?
Mungkin awal-awal dulu orang boleh simpati dan hargai KKM, tapi dengan double standard tape nya SOP dan undang2, rakyat pun naik rimas dengan nak ugut-ugut lockdown ni. Apa hang boleh sumbat makanan dalam perut orang yang kena lockdown?
Please beradab dengan frontliner, diorang banyak tolong selesaikan Covid-19. Tuan-tuan, apakah bila tuhan kata celaka, itu tak beradab? Apakah kemarahan tu tak beradab? Atau lagi tak beradab, tipu data, guna kabel untuk selesaikan masalah langgar SOP untuk elitist, projek tepi tipu mask, sanitizer semua ini beradablah?
Rasa nak bisik macam iklan siti khodijah, ffffffffffff*ck offffff salah rakyat….
Sorry kawan-kawan frontliner, kita semua penat. Jangan pukul rata cakap rakyat salah, tak reti duk dalam rumah. Awak penat, Rakyat lagi penat tau. Cukup la duk salah rakyat, kalau penat, rehat.
Sumber :