Jangan beli kad TNG NFC dekat ‘reseller’, ini senarai stesen minyak yang jual

Jangan beli kad TNG NFC dekat reseller ini senarai stesen minyak yang jual

Jangan beli kad TNG NFC dekat ‘reseller’, ini senarai stesen minyak yang jual. Selain mendapatkan kad TNG NFC dari kedai rasmi Touch ‘n Go, anda sebenarnya boleh sahaja membeli di stesen minyak yang terpilih. Terdapat cara semak stesen minyak jual kad TNG NFC kepada pelanggannya.

Sebahagian daripada kita mungkin jauh daripada kedai rasmi TNG, jadi stesen minyak adalah pilihan yang ideal untuk mendapatkan kad TNG NFC secara terus. Kini anda boleh ikuti tutorial ini untuk membuat semakan kedai minyak yang mnejual kad TNG NFC di sekitar kawasan rumah masing-masing.

Cara semak stesen minyak yang menjual kad TNG NFC

1. Pertama sekali, anda perlu mengunjungi portal Touch N Go dengan klik di sini.

2. Kemudian, anda masukkan kawasan berdekatan seperti Setapak sebagai contohnya pada ruangan carian.

Jangan beli kad TNG NFC dekat 'reseller', ini senarai stesen minyak yang jual

3. Sejumlah lokasi stesen minyak yang berada berdekatan kawasan anda akan dipaparkan secara automatik.

Bagaimanapun, senarai ini hanyalah sebagai panduan asas sahaja kerana didapati sebahagian stesen minyak tidak disenaraikan pada laman web tetapi sedia menawarkan kad TNG NFC itu.

Jadi, sebenarnya anda boleh mencuba nasib untuk pergi ke stesen minyak yang berdekatan walaupun tidak disenaraikan secara rasmi. Pihak TNG buat masa ini sudah menyenaraikan lebih 300 stesen minyak dan mungkin bakal dikemaskini dari semasa ke semasa pada laman web tersbut.

Setakat ini, bekalan masih terhad sama ada di kedai rasmi Touch ‘n Go di Nu Sentral dan Wisma TNG di Avenue Bangsar South. Oleh itu, stesen minyak menjadi pilihan alternatif terbaik buat anda yang mahu mendapatkan kad TNG NFC sekiranya berjauh daripada lokasi kedai rasmi itu.

Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda membuat carian stesen minyak terpilih yang menawarkan kad TNG NFC di sekitar kawasan anda. Anda boleh kongsikan artikel agar lebih ramai mengetahui cara mendapatkannya tanpa perlu membeli daripada reseller yang sudah pasti jauh lebih mahal.

BACA:

Rupanya 70% pengikut Najib di Facebook adalah ‘fake account’?

Betul ke kripto wang s39 mampu tandingi Bitcoin?

Octafx disenarai dalam amaran pengguna kewangan oleh BNM

CATEGORIES