Jambatan Pulau Pinang kembali sesak susulan kebenaran rentas negeri

Jambatan Pulau Pinang kembali sesak susulan kebenaran rentas negeri.Jumlah kenderaan di Jambatan Pulau Pinang didapati bertambah berikutan aktiviti rentas negeri yang telah dibenarkan bermula hari ini.

Keadaan itu dirakam wartawan foto Bernama menerusi tinjauan yang dibuat di jambatan tersebut dan dikongsikan di laman Twitter agensi berita.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 merentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis.

Pengumuman rasmi kebenaran rentas negeri itu telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas secara langsung semalam.

Jambatan

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/11/rentas-negeri-suasana-jambatan-pulau-pinang-meriah-jumlah-kenderaan-bertambah/

BACA: Masih belum boleh merentas negeri ke Sabah, keputusan rabu ini