Jais benar orang ramai sertai Pesta Bon Odari

Jais benar orang ramai sertai Pesta Bon Odari. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), di sini, pada 16 Julai depan.

Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu dibuat susulan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya Jais tidak menyekat program itu dari terus dijalankan.

Menurutnya, titah itu dikeluarkan beliau menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan hari ini bagi membincangkan mengenai penganjuran program berkenaan.

“Baginda tidak berkenan apa-apa keputusan atau ketetapan mengenai perkara seumpama ini disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian yang mendalam.

“Sultan Sharafuddin berpendirian, banyak budaya mempunyai kaitan dengan agama, tetapi tidak semestinya agama ada di dalam budaya malah baginda juga bertegas bahawa mengamalkan sesuatu perkara adalah berbeza dengan perbuatan melihat.

Jais benar orang ramai sertai Pesta Bon Odari

Baca Artikel Penuh