Jaguh pecut negara terpaksa lupakan hasrat beraksi di Khazakhstan kerana positif Covid-19

Oleh MHDAILY

JAGUH pecut negara, Mohd Haiqal Hanafi, terpaksa membatalkan penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Kazakhstan, bermula Sabtu ini selepas dikesan positif COVID-19.

Lebih malang, rakan sepelatihnya, Khairul Hafiz Jantan, selaku pemegang rekod kebangsaan juga terpaksa menarik diri apabila diletakkan sebagai kontak rapat.

Kedua-duanya tidak dibenarkan berangkat ke Kazakhstan ketika proses pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca Artikel Penuh