Jadi PM : Hishamuddin anggap hanya khabar angin

Oleh MHDAILY

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menganggap spekulasi yang mengatakan beliau bakal menjadi perdana menteri adalah sebagai khabar angin.

Menurut Ahli Parlimen Sembrong itu, beliau tidak akan melayan sebarang khabar angin sebaliknya mahu terus memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi negara dan pandemik Covid-19.

“Seperti yang dinyatakan dalam artikel, ini adalah khabar angin dan saya tidak melayan sebarang khabar angin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Kita sepatutnya memberikan tumpuan terhadap Covid-19 dan mengukuhkan ekonomi,” katanya dalam satu hantaran di akaun Twitternya pada Jumaat.

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan Hishamuddin bakal dilantik menjadi perdana menteri ke sembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Portal itu dilaporkan mendakwa, Hishammuddin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri terlebih dahulu sebelum menggantikan Muhyiddin yang akan melepaskan jawatan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa bakal bergandingan dengan Hishamuddin sebagai timbalan perdana menteri.
BeritaΒ  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/143721/BERITA/Politik/Hishammuddin-anggap-spekulasi-bakal-PM-khabar-angin