Izara Aishah mengamuk, ‘itu bayi Laha***, semoga kamu reput di Neraka!’

Izara Aishah mengamuk itu bayi Laha semoga kamu reput di Neraka

Izara Aishah mengamuk, ‘itu bayi Laha***, semoga kamu reput di Neraka!’. Minggu ini, selebriti sensasi Neelofa diduga apabila netizen berani mati berkongsi foto ‘curi’ Muhammad Bilal selain tergamak sunting sehinggakan menjadi bahan ejekan di media sosial.

Rasa jijik

Izara Aishah mengamuk, 'itu bayi Laha***, semoga kamu reput di Neraka!'

Sebagai seorang ibu, pelakon Izara Aishah meluahkan rasa bengang dengan perbuatan terkutuk itu.

Menerusi ciapan di Twitter, Izara, 30, mengakui berasa jijik dengan individu yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada bayi kecil yang tidak berdosa.

Izara Aishah mengamuk'itu bayi Laha***, semoga kamu reput di Neraka!'

Dengan bayi nak busuk hati

Luahan marah itu mendapat sokongan daripada peminat yang kesal dengan sikap ‘keyboard warrior.’

Selain itu, ada juga warganet yang meminta Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin untuk bersabar dan mengawal emosi.

Selepas tular foto Bilal yang dirakam secara curi-curi pada Isnin, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi foto penuh Bilal di Instagram, semalam.

BACA:

Satu Malaysia kena ‘scam’ dengan Buletin Utama TV3 semalam

Madammu kini hamil 5 minggu selepas penantian 7 tahun

Kahwin lagi? Siti Saleha kongsi berita gembira ini kepada peminat

CATEGORIES