Isu SJKC : Mana pergi suara Menteri Pendidikan? Seolah Timbalan lebih berkuasa, tegur ISMA

Oleh MHDAILY

Tindakan membisu Menteri Pendidikan terhadap isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing di Bandar Kinrara, menunjukkan seolah-olah timbalannya lebih berkuasa.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon membidas pihak yang mempertikaikan pembinaan SJKC baharu itu, selepas ia mendapat tentangan kebanyakan penduduk Bandar Kinrara – kawasan dipercayai majoriti Melayu.

Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Subang Jaya, Abdullah Ibn Khaldun berkata, selaku Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sepatutnya bersuara dalam isu itu.

Baca Artikel Penuh