Isu projek tebatan banjir Selangor yang dibatalkan, bekas pegawai Khalid Ibrahim akhirnya buka mulut

Oleh MHDAILY

Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan ahli Parlimen Pekan Datuk Sri Najib Razak di laman sosial berkenaan Projek Canal City yang diilhamkan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional pada 2004 tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (pada ketika itu) pada 2009 adalah punca kepada banjir besar yang kini melanda negeri Selangor.

Walaupun benar projek berkenaan telah dibatalkan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, YB Pekan gagal menyatakan sebab utama pembatalan projek tersebut. Beliau gagal menghitung “kerugian” yang ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor apabila projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat swasta melalui konsep usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.

Tidak juga disebut keuntungan besar yang bakal diraih oleh syarikat swasta berkenaan. Saya tidak mengharapkan beliau mempunyai maklumat terperinci projek tersebut kerana ianya adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri tapi tidak molek bagi YB Pekan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan salah sedemikian.

Baca Artikel Penuh