Isu Freemasons beri bantuan pelindung muka, ini respon Ketua Polis Perak

Oleh MHDAILY

Terdahulu, Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemasons daripada negeri-negeri Utara Semenajung Malaysia telah menyalurkan bantuan pelitup muka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Memetik laporan MalaysiaKini, sumbangan itu bagi memastikan semua orang terutamanya pasukan frontliner yang masih berlawan dalam musim pandemik.

Majlis penyerahan sebanyak 5,000 buah pelindung muka itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis di Perak pada 15 Oktober lalu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Bagaimanapun, perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selain turut mempertikaikan sumbangan daripada pertubuhan itu.

Isu Freemasons beri bantuan pelindung muka, ini respon Keua Polis Perak

Ketua Polis Perak beri penjelasan

BACA JUGA : Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons

Berhubung dengan perkara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata bahawa perkara itu tidak menjadi masalah kepada polis bagi menerima sumbangan itu.

Perkara itu dinyatakan beliau selepas menghadiri sumbangan kepada salah seorang pengamal media yang menghidapi penyakit angin ahmar di kediamannya di Taman Desa Pengkalan, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid

Menurutnya, sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan berkaitan agama atau kepercayaan serta fahaman untuk memberi sumbangan kepada pihak berkuasa.

Selain itu, beliau juga tidak menghalang mana-mana pihak bagi menghulurkan bantuan serta mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja.

Tiada masalah, sesiapa boleh beri sumbangan kepada kita, lagi pun mereka memberi sumbangan pelindung muka kepada polis untuk diedarkan.

Jadi saya fikir tidak salah mereka bagi, bukannya kita mengikut fahaman (pertubuhan itu) dan yang penting dia berniat baik bagi sumbangan kepada pihak kita.

Walaupun terdapat netizen yang mempertikai sumbangan itu, perkara itu sebenarnya dapat membantu pihak berkuasa dalam mengekang penularan wabak pandemik.

BACA JUGA : Polis terima sumbangan 5,000 pelindung muka daripada Freemasons
Konsert BTS raih kejayaan di Arab Saudi walaupun terima kecaman
Panas !!! Jururawat didakwa meninggal dunia selepas divaksin