Isteri rakam video saat suami tak tahan nak ‘buang hajat’ sekali ini yang jadi dalam kereta.
Pasti kita semua pernah berdepan dengan situasi tidak tahan untuk membuang air kecil atau air besar bukan?
Tambahan lagi, jika masa itu kita di tempat yang ramai orang atau sedang berada di dalam kereta. Memang tak boleh tahan dibuatnya.
Macam-macam perkara yang kita lakukan untuk ‘menahannya’. Iyalah situasi seperti ini kadangkala datang tanpa dijangka.
Sama seperti video ini apabila seorag wanita berkongsi gelagat suaminya yang tidak tahan untuk ‘membuang’ telah mengundang tawa ramai.
Bantai ‘marah’ semua orang sebab dah tak tahan
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke lokasi yang tidak diketahui.
Namun, perut si suami tiba-tiba memulas membuatkan dia sakit dan perlu segera mencari tandas ketika sedang memandu.
Apa yang lebih menghiburkan si isteri adalah gelagat suaminya yang dilihat bercakap pelbagai perkara dek kerana tidak tahan.
“Jangan dibuat main oo dengan nak terberak. Auto nak marah semua orang” – Netizen
@mirabazlaidris Bila laki hang dah xtahan nak terber*k 😂😂 #fyp #fypage #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Epic Music(842228) – Pavel
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ramai yang dapat relate dengan situasi tersebut.
Lihat video itu di bawah:
BACA:
Aik? Kenapa rupa kambing ini macam manusia? Bila diselidik rupa-rupanya ini ceritanya