Isteri Menteri disahkan meninggal dunia

Oleh MHDAILY

Isteri Menteri disahkan meninggal dunia. Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, iaitu Datin Seri Hajah Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, pada jam 6 petang tadi.

Jenazah Allayarham akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, di Jalan Green Kuching malam ini.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pada jam 9 pagi esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada jam 10 pagi.

Baca Artikel Penuh