Ismail Sabri sah tidak hadir mesyuarat MT Umno semalam

Oleh MHDAILY

Ismail Sabri sah tidak hadir mesyuarat MT Umno semalam. Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini, dihadiri kesemua kepimpinan tertinggi kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden parti.

Ini kerana Perdana Menteri dijadual menghadiri program Dialog Peringkat Tertinggi Mengenai Pembangunan Global bersama lapan ketua negara secara dalam talian yang berlangsung malam sama.

Antara pemimpin ‘Top 5’ UMNO yang hadir ialah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mesyuarat MKT itu bermula jam 8 malam tadi di Menara Dato Onn di sini dan masih berlangsung ketika ini.

Ismail Sabri sah tidak hadir mesyuarat MT Umno semalam

Ia dipercayai membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan isu displin.

BACA:

Annuar jangka lebih ramai MT Umno akan dipecat selepas Tajuddin

Elfira Loy kongsi video β€˜live’ bersalin di hospital, sekali benda lain yang netizen perasan

Tindakan abang lempar adik ke lantai buat netizen tercengang