Ismail Sabri gesa semua pihak berhenti berpolitik

Semua pihak khususnya ahli politik digesa berhenti bermain politik, sebaliknya meletakkan fokus dalam usaha membantu rakyat yang sedang menempuh tempoh sukar akibat pandemik Covid-19, kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama untuk memerangi pandemik walaupun dalam keadaan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi.

“Janganlah kita berpolitik dalam keadaan sekarang ini kerana rakyat sedang mengalami kesusahan dan memerlukan fokus sepenuhnya bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga parti-parti politik supaya kita dapat membantu rakyat,” katanya dipetik laporan Bernama.

Ismail berkata, ketika ini fokus mestilah membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan dan dalam masa yang sama strategi untuk menentang Covid-19 ini perlu juga disokong oleh semua.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di Kuala Lumpur.

PPR Kerinchi dikenakan PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/11/henti-berpolitik-fokus-jaga-rakyat-kata-tpm/

BACA JUGA : Gempar !!! 2 MP Umno tarik balik sokongan terhadap PM