Ismail Sabri bakal pegang jawatan penting dalam GLC?

Ismail Sabri bakal pegang jawatan penting dalam GLC

Ismail Sabri bakal pegang jawatan penting dalam GLC? Bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkemungkinan diberi peranan istimewa dalam salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Difahamkan jawatan itu ditawarkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pertemuan di pejabatnya pada Selasa.

Pengumuman berkaitan pelantikan itu juga dijangka akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam pada itu, satu poster yang viral menyatakan Ismail Sabri mungkin dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Bagaimanapun, salah satu sumber yang rapat dengannya menafikan bekas perdana menteri itu akan memegang jawatan itu.

Ismail Sabri bakal pegang jawatan penting dalam GLC

“Kemungkinan dia juga sedang mempertimbangkan untuk diberikan satu lagi peranan GLC,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail Sabri adalah perdana menteri kesembilan Malaysia pada Ogos 2021 sehingga parlimen dibubarkan pada 10 Okt, tahun ini.

BACA:

Shuk Sahar dilihat bersama wanita di kedai emas

PM tak ambil gaji, respon Fizz Fairuz kejutkan ramai pihak

Johari Abdul disebut speaker dewan rakyat yang baru

CATEGORIES