Isham Jalil ditamatkan perkhidmatan Ketua Penerangan BN Selangor serta merta

Oleh MHDAILY

Isham Jalil ditamatkan perkhidmatan Ketua Penerangan BN Selangor serta merta. Saya telah dimaklumkan hari ini bahawa perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta.

Berdasarkan surat daripada Barisan Nasional Selangor yang dilampirkan di bawah, ini adalah kerana jawatan Ketua Penerangan Barisan Nasional negeri tidak termaktub di dalam Perlembagaan Barisan Nasional.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Negeri Selangor.

Baca Artikel Penuh