Inilah realiti, Syed Saddiq tunjuk orang ramai menyerbu pusat khidmat mohon bantuan

Oleh MHDAILY

Situasi sebenar kedudukan ekonomi negara ditonjolkan di luar Pusat Khidmat Rakyat kendalian seorang Ahli Parlimen, yang mengakui dibanjiri orang ramai untuk mendapatkan bantuan selepas dibuang kerja atau gaji dipotong.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini menunjukkan keadaan di lapangan semakin buruk.

β€œTak putus putus orang datang ke pejabat minta bantuan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œMereka kata tiada tempat lain nak pergi. Ramai yang baru hilang kerja atau gaji dipotong,” tulisnya di Twitter.

Walaupun beratur panjang, Syed Saddiq berkata: β€œSaya tidak akan membiarkan mereka sendirian.”

Pengasas bersama MUDA itu berkata, dia akan melakukan apa yang termampu untuk membantu pengundi di kawasannya.

Semalam, Syed Saddiq berkata dia berjaya mengumpulkan derma berjumlah RM232,000 untuk program Pakej Bantuan Khas Muar Sejiwa.

Katanya, sebelum ini pakej itu adalah untuk memastikan tidak ada orang yang lapar dan dahaga di Muar sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh yang bermula 1 Jun lalu.

Beliau berkata, melalui program itu 1,000 keluarga akan diberikan bakul makanan dan bantuan untuk mendaftar program vaksinasi, dengan perkhidmatan pengangkutan bagi mendapatkan suntikan di Johor Bahru.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/16/tak-putus-putus-orang-datang-pejabat-minta-bantuan-kata-syed-saddiq/