Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, ‘macam baru beli jadinya’

Ini tip baiki baju T shirt mengembang di leher macam baru beli jadinya

Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, ‘macam baru beli jadinya’. Boleh dikatakan baju t-shirt menjadi salah satu koleksi yang paling banyak di rumah. Sebabnya, inilah pakaian hari-hari bila di rumah. Sejuk dan selesa.

Masalahnya, bila pakai beberapa kali, leher baju t-shirt mula mengembang dan tak elok, mulalah nampak macam baju lama.

Kalau tak nak baju t-shirt mengembang dan Kembali normal, pakar dobi ini berikan tip untuk baju Kembali normal dan nampak macam baru.

Ini tip baiki baju T shirt mengembang di leher'macam baru beli jadinya'

Baju T-Shirt Mengembang Kembali Normal

Menurut Nexcy, leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.

Contohnya gantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas, kesannya ia meregang terutama di bahagian leher.

Daripada buang, ada cara untuk pulihkan baju t yang mengembang ini dengan cara pakar dobi Nexcy dari Jepun ini

Caranya:

Langkah 1

Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.

Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, 'macam baru beli jadinya'

Langkah 2

Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.

Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, 'macam baru beli jadinya'

Langkah 3

Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).

Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, 'macam baru beli jadinya'

Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T

Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, 'macam baru beli jadinya'

Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.

Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!

Ini tip baiki baju T-shirt mengembang di leher, 'macam baru beli jadinya'

Jangan terus buang atau langsung tak pakai, ada cara nak bagi tshirt kesayangan kembali seperti baru.

Baca Juga :
Mahasiswa diberi cuti 5 hari pulang mengundi PRU-15
Rupanya 3 operasi Mossad dah berjalan sejak 2010 di Malaysia, kata laporan
Tokti tunjuk perangai sebenar bila merajuk dengan Dato K

CATEGORIES