Ini sebab mengapa ‘Recall Election’ mampu kembalikan kuasa rakyat

Ini sebab mengapa ‘Recall Election’ mampu kembalikan kuasa rakyat.Dalam soal Recall Election ini, sering dibangkitkan akan perlunya pindaan pada Perkara 10 dan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan.

Tuan-Puan, harus kita faham Akta Recall Election ini BUKAN Akta Anti Lompat Parti.

Akta Recall Election ini boleh dijadikan antara mekanisme untuk mengurangkan dan mencegah berlakunya kerenah LOMPAT PARTI di kalangan elit-elit politik.

Akta Recall Election ini tidak perlu nak buat pindaan pada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kerana hak untuk berpersatuan (Freedom of Association) masih dijamin.

Jika seseorang Ahli Dewan Rakyat itu membuat keputusan untuk melompat keluar parti yang diwakili sewaktu Pilihanraya, dia boleh berbuat demikian, itu hak dia.

TETAPI, apakah rakyat di kawasan yang diwakili oleh Ahli Dewan Rakyat itu boleh menerimanya?

Sebab harus kita terima akan asas (fundamental) demokrasi perwakilan (representative democracy) yang kita amalkan ADALAH wakil yang dipilih oleh Rakyat. Apabila menang pilihanraya, maknanya pengundi sudah pilih.

Recall Election

Sama ada rakyat melihat kepada individu atau parti, itu tidak relevan.

Maka di dalam Akta Recall Election, sekiranya pengundi tidak berpuas hati dengan tindakan keluar dan lompat parti ini, pengundi boleh memulakan petisyen untuk “memecat” Ahli Dewan Rakyat yang berkenaan.

Lihat kan?, proses ini dimulakan oleh Pengundi Berdaftar di kawasan parlimen berkenaan. Bukan Ahli Dewan Rakyat yang dimaksudkan.

Dalam hal ini juga, Recall Election ini tidak menyalahi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kerana Ahli Dewan Rakyat berkenaan boleh kekal di parti baru dia.

Cuma Recall Election ini MEMBERIKAN KUASA kepada Pengundi/Rakyat untuk sama ada menerima (mengabsah) keputusan lompat parti itu atau mahu Wakil Baru untuk menggantikan serta mewakili mereka.

Sekiranya nilai ambang (treshhold) bilangan pengundi berdaftar petisyen untuk Recall Election telah dicapai, dan syarat-syarat lain seperti yang bakal dinyatakan di dalam RUU Tok Azalina Othman Said dipenuhi serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berpuas hati, maka Ahli Dewan Rakyat yang dimaksudkan itu “TERPECAT”.

Dan apabila Pilihanraya Recall diadakan, bekas Ahli Dewan yang terpecat itu boleh bertanding semula untuk mempertahankan Kerusi Parlimen yang “tergugur” itu.

Sekiranya beliau menang semula di dalam Recall Election, beliau boleh bersama parti baru yang disertai (lompat) kerana pengundi kawasan itu sudah ‘mengabsahkan’ tindakan beliau. Maknanya lompat parti itu diterima oleh rakyat yang diwakili beliau.

Dan ini tidak menyalahi Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Ahli Dewan Rakyat yang meletakkan jawatan sebelum tempoh penggal berakhir untuk bertanding semula selama 5 tahun.
Mengapa? kerana beliau itu tidak MELETAKKAN JAWATAN!

Keanggotaan Ahli Parlimen beliau tergugur bukan atas tindakan/tanggungjawab sendiri tetapi kerana petisyen yang dimulakan oleh Rakyat. Rakyat yang pecat.

Kalau dia yang sendiri secara waras dan sihat memilih untuk meletakkan jawatan atas sebab-sebab tertentu dan tidak berpaksikan amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Rakyat, larangan 5 tahun itu perlu berjalan.

Ini berbeza dengan tindakan Tan Sri Shahrir Samad – Tok Uban pada PRK Johor Bahru 1988. Waktu itu Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan tidak ada.

Tok Uban letak jawatan atas dasar prinsip kerana beliau memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU 1986 atas tiket UMNO dan pada tahun 1988 beliau dinafikan hak untuk menyertai UMNO Baru oleh Tun Dr Mahathir sebagai Presiden ketika itu.

Beliau tidak berparti dan atas dasar prinsip dan Demokrasi Berparlimen, beliau letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru untuk PRK diadakan dan bertanding semula sebagai BEBAS berlogo Kunci. (Voluntary Recall Election)

Beliau bertembung dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Alhamdulillah, beliau menang bergaya dengan majoriti yang amat besar dari PRU sebelumnya.

Kerana insiden ini lah, Kerajaan Tun Dr Mahathir mengadakan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan Perkara 48(6) pada 11 Mei 1990z

Berbalik pada Recall Election ini. Aku rasa hujah (argument) bahawa cadangan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ini agak tidak kuat.

Bukan sahaja RUU Tok Aza ini menepati Perlembagaan Persekutuan, ia juga amat menepati dengan asas dan prinsip Demokrasi Perwakilan yang aku sebutkan diatas.

“RAKYAT MEMILIH dan RAKYAT JUGA BOLEH ‘MEMBUANG’”.

Naik mereka kerana Rakyat, Jatuh mereka kerana Rakyat.

Harap penerangan mudah ini membantu sedikit sebanyak

Sumber:

BACA: Panas !!! Varian Mu kini merebak ke 39 negara, ini apa yang anda perlu tahu..